Friday 12 August 2011


Terujakah anda dengan contact lens

contact lens tak semestinya untuk yang rabun. yang takde power pun ada and of course itu untuk orang yang tak rabun tapi nak mata diorang warna warni macam mata kucing. kan kan. hehe. farysa tergolong dalam orang rabun. eh, orang setengah rabun sebab bila tak pakai belum lagi jadi buta. firstly kalau terasa nak pakai contact lens sila tengok pada original-nya. jangan korang main beli je bila tengok sangat murah. but, please remember, tak semua yang murah tak original. once korang dah beli, sila ingat bahawa anda kena menjadi seorang yang rajin. dah tak boleh malas malas. maksud farysa, korang kena rajin cuci contact lens tu. jangan lupa beli solution banyak banyak. bak kata anis : kalau nak rendam contact lens tu letak solution banyak banyak biar sampai banjir. nowadays dah ada accessories contact lens. maksud farysa macam penyepit untuk pegang lens and macam macam la. sila tengok di bawah :


tapi persoalan di sini, sesuai lagi-kah pemakaian contact lens time cuaca panas terik macam ni? memang tak sesuai tapi contact lens lebih mudah dapi pakai spec. betul tak? tambah tambah untuk perempuan, kalau pakai tudung mesti tudung jadi bulat. selalu kita tengok mata artis cantik cantik, bulat je. ha, sila-lah pakai lens sebab tu salah satu cara nak menampakkan mata anda bulat. kenapa orang cakap kalau pakai spec nampak nerd? kenapa kalau orang pakai lens warna warni, orang akan pandang pelik? jawapan mudah je : itu lumrah manusia, tak boleh tengok orang lain berbeza dari mereka, mesti ada benda yang diorang nak cakap.  tapi yang paling penting jangan pakai lens tu 24hours, tak bukak bukak, nanti korang jadi buta. HAHA




 TIP-TIP UNTUK MEMAKAI CONTACT LENS


                             Betul                       Salah                        

 

Kita selalu tak tahu yang mana satu atas, yang mana satu bawah? Walaupun tak de effect sangat tapi kalau pakai contact lens terbalik ilusi yang kita nampak macam lain macam sedikit dan boleh sebabkan kita pening kepala. Pastikan lens berbentuk ‘U’ masa letak kat hujung jari. Kalau ada kelepet-kelepet tu maksudnya tak betul lah tu posisi lens kita. Ramai orang takut nak pakai contact lens sebab mereka fikir memasukkan sesuatu di dalam mata itu adalah sesuatu perkara diluar tabii. Ada yang takut buta sebab pakai contact lens.Sebelum pakai lens, CUCI TANGAN. Takperlu cuci dengan sabun yang wangi wangi. Pewangi pada sabun itu ada chemical substance, tak bagus untuk mata.

  • Pakai lens pada mata yang sama. Contohnya lens A pakai dekat mata kiri, lens B dekat mata kanan. Teruskan pakai macam tu sampai lens tu dah expired. Tapi kalau power lain lain of coz la korang akan pakai ikut power mata kan.
  • Simpan lens dalam bekas khas.
  • Walaupun jarang pakai, penjagaan contact lens tak boleh ikut mood. Kena sentiasa bersihkan rendaman air MPS(Multi-purpose solution)setiap minggu. Make sure bekas penyimpan lens pon sentiasa bersih supaya bacteria tak berkampung dekat situ.
  • Kuku yang panjang berisiko tinggi untuk ternak bakteria. Jadi pastikan kuku bersih, pakai lens dengan hujung jari, bukan dengan kuku.
  • Jangan kongsi lens dengan orang lain. Berkongsi lens ni boleh sebarkan mikroorganism dan menyebabkan infection.
AMARAN
  • Kalau nak pergi hutan atau tempat tempat yang tak terjamin kebersihan tak perlu nak pakai contact lens.
  • Kalau nak pergi memasak di dapur buat apa nak pakai contact lens? Nanti lens cair sebab kalah dengan bahang panas.
  • Bila mula mula pakai lens, mata terus terasa pedih dan tak selesa, cepat cepat keluarkan! Jangan biarkan sampai mata merah-merah berair. Tanggalkan lens, cuci semula untuk hilangkan kotoran degil. Bila dah cuci, pakai balik.
  • Bila lens tiba-tiba terjatuh dari mata, jangan kutip balik, terus letak dekat mata. Cuci dulu dengan MPS!
  • Kalau mata merah, gatal gatal, pedih sebab pakai contact lens pergi lah jumpa doktor cepat cepat